Wednesday, 3 October 2012

6.10.2012 Bersama Ustaz Dr.Shauqi Othman, Panel Tanyalah Ustaz TV9

KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ DR.SHAUQI OTHMAN, Panel Program Tanyalah Ustaz TV9, 6.10.2012-SABTU , SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Monday, 17 September 2012

Kuliah Mingguan

Kuliah Mingguan 18.9.2012 Tauhid bersama Ustaz Mohamad (ABIM) Selepas Solat Isya'; Kuliah Mingguan 19.9.2012 Tafsir AlQuran bersama Ustaz Wahid Zainol Abidin selepas Solat Isya'

Wednesday, 5 September 2012

Mesyuarat Agung Surau Muhibbah

MESYUARAT AGUNG SURAU MUHIBBAH 2011/2012 TARIKH: 7 SEPTEMBER 2012 MASA: JAM 9.00 MALAM. Semua Ahli Kariah Dijemput Hadir.

Friday, 24 August 2012

Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi): “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah melanjutkan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Para pembaca boleh merujuk ke kitab al-Shahih al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad al-Maghribi (Dar Ibn ‘Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

1.9.2012 KULIAH MAGHRIB USTAZ NIDZAM ABD.KADIR

Hanya Pada Allah

MERINTIHLAH HANYA PADA ALLAH Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit , Allah akan utuskan 4 malaikat: 1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA . 2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA . 3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat ) . 4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA . Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat , Allah akan menyuruh Malaikat Pertama , Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka .Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan , sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa .. Subhanallah Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya (HR Thabarani dari Abu Umamah)

AMALAN ZIARAH MENZIARAHI, SILATULRAHIM DAN KEMAAFAN

Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w; “ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”

Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Alhamdulillah..selepas sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan kini tibalah ketika kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dan meningkatkan amalan serta kesabaran yang telah kita lalui sebulan diMadrasah Ramadhan tahun ini.Semoga Ramadhan yang baru kita lalui memberikan kita keinsafan terhadap Kebesaran dan Keagungan Allah Swt dan semoga kita dipanjangkan usia agar
sempat dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN. Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim). Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu 'alaihi wasalllam bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.) Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadham lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (HR. Al-Bazzar)

Monday, 6 August 2012

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam AlQuran

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam AlQuran akan diadakan pada 12.08.2012 (Ahad) , Insya Allah. Semua Ahli Kariah Taman Muhibbah dijemput bersama sama.

Friday, 3 August 2012

Tanyalah Ustaz...Ustaz Dr.Sukki@Shauqi

Tanyalah Ustaz...Ustaz Dr.Sukki@Shauqi Othman, Panel Tanyalah Ustaz TV9 pada 6.10.2012 -Sabtu.INSYA ALLAH Selepas Solat Maghrib... http://www.ustazshauqi.com/

Tuesday, 31 July 2012

Ihya Ramadhan..Program Bersama Ustazah Rodiah

Program Ihya Ramadhan Muslimah bersama Ustazah Rodiah 04.08.2012 Jam 9.00pagi..merangkumi aktiviti Solat Tasbih dan Kuliah Dhuha..Mencari LailatuQadar. Jom hadir untuk mendapat keberkatan dibulan Ramadhan ini.

Saturday, 28 July 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Surau

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Surau Muhibbah dan Surau An-Najah,Kg.Jambu oleh YB.Dr.Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat dan YB.Chegu Lee Kim Sin, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kajang akan diadakan pada 30.07.2012 selepas Majlis Berbuka Puasa dan solat Maghrib

Monday, 23 July 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Mohamad Nidzam Abdul Kadir diSurau Muhibbah

Insya Allah Kuliah Maghrib bersama Ustaz Nidzam Abdul Kadir seorang Penceramah Program Tanyalah Ustaz TV9 akan diadakan pada 01.09.2012 diSurau Muhibbah. http://nidzamkadir.blogspot.com/2008/06/profaie-ustaz-mohamad-nidzam.html

Saturday, 21 July 2012

Tazkirah Ramadhan dan Solat Taraweh Bersama Ustaz Wahid

25.07.2012 (Rabu) bersamaan 5 Ramadhan 1433H Tazkirah Ramadhan dan Solat Sunat Taraweh bersama Ustaz Wahid Zainol Abidin.

Thursday, 12 July 2012

Majlis Sambutan Ramadhan

Majlis Sambutan Ramadhan Surau Muhibbah 1433H/2012M akan diadakan pada 19.07.2012-Khamis. Majlis akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan yaasin dan tahlil. Kariah Taman Muhibbah dijemput bersama sama kemajlis ini.Sama samalah kita imarahkan surau kita.

Saturday, 7 July 2012

Tuesday, 3 July 2012

Ramadhan yang kian hampir..

Makluman Ramadhan 1433 boleh diperolehi dilaman web surau www.surau-muhibbah.webs.com. Bagi yang berhajat untuk mengambil bahagian menginfaqkan kewangan atau juadah berbuka puasa, borang borang boleh dimuatturun atau gunakan secara langsung dari laman web.

Thursday, 21 June 2012

Kuliah Fekah Ustaz Ismail

Kuliah Fekah Setiap Sabtu selepas Solat Maghrib bersama Ustaz Ismail Che Ku. Jom kita bersama dalam majlis Ilmu yang amat berfaedah ini.

Tuesday, 19 June 2012

Laman Web Surau Muhibbah

www.surau-muhibbah.webs.com
Laman web Surau Muhibbah,Taman Muhibbah, Kajang.
Disini kami cuba memaparkan maklumat terkini perkembangan Surau Muhibbah. 
Moga kariah Taman Muhibbah mendapat manafaat dengan adanya Laman Web ini.

Sunday, 17 June 2012

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Wahid Zainol Abidin

Kuliah Maghrib Ustaz Wahid Zainol Abidin diSurau Taman Muhibbah
Tafseer AlQuran
Minggu Pertama dan Ketiga - Setiap Selasa
Minggu Kedua dan Keempat - Setiap Rabu

Tuesday, 29 May 2012