Friday, 24 August 2012

Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi): “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah melanjutkan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Para pembaca boleh merujuk ke kitab al-Shahih al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad al-Maghribi (Dar Ibn ‘Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

1.9.2012 KULIAH MAGHRIB USTAZ NIDZAM ABD.KADIR

Hanya Pada Allah

MERINTIHLAH HANYA PADA ALLAH Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit , Allah akan utuskan 4 malaikat: 1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA . 2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA . 3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat ) . 4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA . Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat , Allah akan menyuruh Malaikat Pertama , Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka .Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan , sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa .. Subhanallah Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya (HR Thabarani dari Abu Umamah)

AMALAN ZIARAH MENZIARAHI, SILATULRAHIM DAN KEMAAFAN

Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w; “ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”

Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Alhamdulillah..selepas sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan kini tibalah ketika kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dan meningkatkan amalan serta kesabaran yang telah kita lalui sebulan diMadrasah Ramadhan tahun ini.Semoga Ramadhan yang baru kita lalui memberikan kita keinsafan terhadap Kebesaran dan Keagungan Allah Swt dan semoga kita dipanjangkan usia agar
sempat dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN. Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim). Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu 'alaihi wasalllam bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.) Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadham lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (HR. Al-Bazzar)

Monday, 6 August 2012

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam AlQuran

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam AlQuran akan diadakan pada 12.08.2012 (Ahad) , Insya Allah. Semua Ahli Kariah Taman Muhibbah dijemput bersama sama.

Friday, 3 August 2012

Tanyalah Ustaz...Ustaz Dr.Sukki@Shauqi

Tanyalah Ustaz...Ustaz Dr.Sukki@Shauqi Othman, Panel Tanyalah Ustaz TV9 pada 6.10.2012 -Sabtu.INSYA ALLAH Selepas Solat Maghrib... http://www.ustazshauqi.com/